Saturday, October 23, 2010

Tak Payah Study laa...dapat 4 flat gak!!!




Assalamualaikum sahabat2...

Cuaca hr ni sgt nyaman kn??panas x,,sejuk je lpas hujan kn,,sedap kalau dpt tidur ni..hehe...tp kene ingat,,esok dh exam buat sahabat2 yg ada paper esok la...gOOd luck K!! jgn study last2 minit,,nt pening lak mse dlm dewan peperiksaan..eemm..nk tanye ni,,ada lagi x assignment yg xsiap??haa...

Masing2 dalam mOOd nk exam ni..saya tengok masih ramai lg yg sibuk menyiapkan assignment yg berbaki tu..pakat ketaq lutut da,,,apa x nye,,suke sgt tangguhkan keje yg pensyarah bagi awal2 sem 2..nasib baik,,pensyarah kita baik2..bagi msa lebih untuk siapkan assignment sebelum hari peperiksaan...kalau x,,gigit jari la kita!!

Dlm pemerhatian saya la kn,,ada kwn2 kita ni,,klau boleh semua assignment nk siapkan dalam satu hari je..tp sempat ke??bermutu ke hasil kerja 2??haa..ada yang sanggup x tidor mlm la..bengkak2 habes mate yang cantik 2,,ada yg bertapa lma2 dlm bilik la..ada yg sanggup x makan la,,kalau jatuh pengsan dlm bilik sorang2 pun kwn xtahu..ada juga baru nk sibuk2 tanye kawan2 mcm mne nk buat assignment ni la,,,assignment 2 la,,aii..jangan palagiat keje kwn lain K!!..tak baik!!...semua ni gara2 nk siapkan assignment sebelum exam bermula..tp kne ingat gak,,pelajar yang cemerlang buat kerja dengan ikhlas!!

Kalau di pikir2 kn la,,,kenapa ea mahasiswa/wi ni suke buat keje last minit??sibuk sangat ke sebelum exam ni??eerrmm...sibuk dengan kerje berpesatuan kOt..ke sibuk dgn shOpping tiap2 hr minggu..ke sibuk nk melayan pakwe Or makwe,,tiap hr nk kne kluar dating la,,belanje mkn la,,tengOk wayang la..mcm2 lagi laa...hehe..ntah2 ada yg sibuk melayan facebOOk 24 jam..xpernah renggang lah dr facebOOk ni...dh mcm aweks plak..huhu..jgn mcm 2 kwn2!! nk exam ni pon sempat lg nk melayan facebOOk ni kn??bile mase nk tumpu betul2 kt study??haa..senang ckp,,"tak payah study lah..nt dpt 4 flat jgak!!"..lex luuu!!

Tapi,,macam mana kita nk dapat 4 flat ea??sedangkan ALLAH swt dan Nabi Muhammad saw pesan,,"setiap kejayaan akan diperolehi dengan usaha yang bersungguh-sungguh"..di iringi dengan doa dan tawakkal sepenuhnya kepada ALLAH yg Maha Pemurah...kalau kita tak berusaha mcm mn nk mencapai kejayaan kn..???bukan sahaja di dunia,,begitu juga di akhirat sana..

ALLAH telah berfirman dalam surah ai-Asr,,yang bermaksud:
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian.
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


Rasulullah jga ada berpesan,,secara mafhumnya..buat sesuatu kerja 2 jgn tangguh2!!tangguh2 membuang masa,,masa terbuang dengan sia2..

Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan sahabat2,,agar sentiasa ingat mengingati,,bahawa kejayaan xakan datang bergOlek tanpa usaha yang gigih diiringi dengan dOa yang berterusan dan tawakkal hanya kepada ALLAH..tidak ada istilah.."x study pun dpt A gak"

Tuesday, August 24, 2010

Pandangan berHIKMAH ke tu!!!

Bila difikir-difikir apa nak tulis dalam blog ni,,,teringat saya pada hari Jumaat lepas, saya nak ke Cheras untuk berjumpa dengan kakak dan abang saya,, semasa perjalanan ke sana, dalam LRT saya perhatikan pelbagai gelagat masyarakat kita sekarang ni... ada yang buat hal sendiri,, ada yang berborak-borak,,, ada yang main handphone,,, ada juga yang tidur tak sedar diri da... saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 apa yang berlaku ni,,mungkin kita dapat memberi pendapat dan pandangan dari Ilmu yang sahabat2 ada...

* Ada la seorang pak cik ni, pakaiannya lengkap persis ustaz,mungkin lebih sesuai saya panggil dia ustaz...tapi sangkaan saya meleset bila saya terpandang mata dia yang menjeling tajam sekumpulan budak2 perempuan yang berpakaian ketat walaupun bertudung...dan memalingkan mukanya, nampak di rauk wajahnya, tak suka sangat diorang berpakaian gitu...

* Apa plak pendapat sahabat2,,, Adakah itu tanda selemah-lemah Iman kita?? Bila kita melihat kemungkaran,,, Jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan dan percakapan, cukuplah hanya kita mengubah dengan hati dan benci tengok orang memakai pakaian seperti tu??

** Seperti dalam hadis Nabi: Daripada Abu Said al-Khudrie r.a beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:

"Barang siapa dikalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia dia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman"

* Berdasarkan Hadis di atas saya berfikir,,, tapi wajarkah dia menjeling diorang semacam tu?? Sebab ustaz tu boleh menyebabkan remaja perempuan tu pandang serong terhadap seorang Islam yang berpakaian lengkap berserban ni tak baik dan takut untuk bergaul dan didekati... sebagai seorang madu' mesti diorang nak daie'pandang diorang dengan pandangan yang beerHIKMAH...

* Bila saya sampai je rumah akak dan abang saya,,, saya ceritakan kat diorang apa yang beerlaku dalam LRT tu...

# Ni jawapan kakak saya: "akak pun tak suka kalau orang pandang akak macam tu, buatkan kita takut nak mendekatinya, persepsi pertama yang keluar di minda.. macam la dia tu baik sangat!! Lebih-lebeh lagi, jika peerkara ini berlaku kepada seorang daie' yang berpandangan serong trhadap madu'nya,, belum sempat daie' tu nak sampaikan dakwahnya madu' dari awal lagi dah lari tak nak dengar ajakan daie' tersebut."

# Tapi lain pula jawapan dari abang saya, katanya: "Itulah tanda selemah-lemah Iman, jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan cukuplah hanya kita menyatakan benci dan tak suka di dalam hati, mungkin ustaz tadi telah melahirkan 'ketidaksukaannya' kepada kemungkaran yang berlaku depan matanya dengan pandangan yang tajam dan jelingan kepada remaja perempuan tu..."

*** Ha..Apakah pandangan sahabat-sahabat pula??? setuju dengan apa yang akak saya cakap ke abang saya cakap?? Atau sahabat ada pendapat dan pandangan tersendiri...

Monday, August 23, 2010

kecil Tapi BESAR...

Hadis : Daripada Abd. Malik al-Haris Ibn 'Asim al-Asya'arie r.a, beliau berkata: Rasulullah saw telah bersabda; "Kebersihan itu separuh daripada Iman. ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solat adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya"
( Riwayat al-Imam Muslim )

* Islam amat menitikberatkan soal kebersihan ni, sehingga menganggapnya sebahagian daripada Iman. Sama ada kebersihan rohani dan jasmani, semua Muslim sedia maklum sal perkara ni, tapi ramai yang mengabaikannya malah buat tak endah je...

Suka saya sebut bab kebersihan ni dalam perkara yang kecil je yang selalu berlaku di sekeliling kita, contohnya plastik gula-gula yang kecil je dibuang merata-rata, tak pandai nak buang sampah yang sekecil tu dalam tong sampah yang disediakan. Ini dah menunjukkan dia tak pandai nak jaga kebersihan di persekitarannya. Sangat mengecewakan jika ramai orang Islam yang bersikap begini.

Kita mestilah jaga kebersihan samada pada diri, tempat tinggal dan persekitaran. Terutama kepada kita selaku student IPT kenalah sedar kepentingan menjaga kebersihan ni, jangan nak harap mak cik cleaner je yang nak bersihkan...

* bagi pendapat saya la kan, ada 4 kategori orang dalam soal menjaga kebersihan ni:
1. Orang ni, jaga nak kemas diri sendiri je, tapi tempat tinggal or persekitaran tak jaga kebersihan pun.
2. Orang jenis ni pula memang parah, kebersihan diri tak dijaga lagi2 la tempat tinggal dia, sudah tentu tak menjaga kebersihan juga.
3. Ada juga jenis orang yang macam ni, rumah sendiri je nak bersih tapi di persekitaran awam dia tak menjaga kebersihan tempat awam pun.
4. Orang yang menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan walau dimana pun dia berada, sentiasa perihatan dengan kebersihan.

Fikir...kita tergolong dalam kategori yang mana?1 ke 2 ke 3 atau 4??
Kebersihan hakiki datang dari hati yang suci...kerana kebersihan ni juga adalah cerminan pada diri kita. Ia merupakan keperluan dalam mengendalikan kehidupan yang dituntut oleh Islam secara berkekalan kepada umatnya. Contohnya; dalam soal ibadah kita, solat..mestilah bersih dari hadas kecil dan juga besar. Kebersihan luaran dan dalaman berkait rapat antara kedua-duanya.

Firman Allah swt yang bermaksud:
''...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang sentiasa menyucikan diri.'' (al-Baqarah:222)

* Berdasarkan firman di atas, dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seorang mukmin selepas beriman ialah dengan menjaga kebersihan.

Hadis Rasulullah saw juga pernah bersabda : ''Sesungguhnya Allah swt itu cantik (indah) dan bersih, Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik dan bersih.''
(Riwayat al-Bazaar)

** sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita mempraktikkan tuntutan menjaga kebersihan ini dalam segenap aspek luaran atau dalaman.

Menjaga kebersihan aspek luaran, contohnya..bila kita berbuka puasa di masjid, sampah2 atau sisa makanan buanglah dalam tong sampah yang disediakan, kalau berbuka di restoran..sisa makanan jangan biar berterabur je atas meja, kutip je masukkan dalam pinggan. Kalau berbuka di bilik je, bekas ke pinggan basuh dan jangan biar berhari-hari tak dibuang sisa makanan hingga berbau. Begitu juga, bilik atau rumah digalakkan berada dalam keadaan bersih dan rapi. Barulah nampak kita mengamalkan apa yang di ajar dalam ajaran Islam untuk menjadi Muslim yang bersih.

Untuk menjaga kebersihan dalaman, penting sangat kita menjaga hati. Sama-samalah kita berusaha untuk tidak mengumpat dengan bercerita tentang keburukan orang sekalipun perkara itu betul jika tidak ada tujuan untuk memperingati orang lain... tidak mengkianati kawan dengan tidak menjaga rahsia dan aibnya, dan selainnya... lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni...

***Kekadang orang pandang ringan je hal kebersihan ni, terutama kebersihan yang hakiki iaitu hati yang suci dari segala sifat mazmumah...saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita menjaga kebersihan samada luaran atau dalaman dengan mengisinya dengan sifat-sifat mahmudah. Semoga diterima semua amalan kita dalam bulan Ramadhan Karim ini dengan kita menjaga kebersihan hati.


Sunday, August 22, 2010

***MUTIARA KATA***

*barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya..~imam Syafi'ie~