Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.
Tuesday, August 24, 2010
Pandangan berHIKMAH ke tu!!!
* Ada la seorang pak cik ni, pakaiannya lengkap persis ustaz,mungkin lebih sesuai saya panggil dia ustaz...tapi sangkaan saya meleset bila saya terpandang mata dia yang menjeling tajam sekumpulan budak2 perempuan yang berpakaian ketat walaupun bertudung...dan memalingkan mukanya, nampak di rauk wajahnya, tak suka sangat diorang berpakaian gitu...
* Apa plak pendapat sahabat2,,, Adakah itu tanda selemah-lemah Iman kita?? Bila kita melihat kemungkaran,,, Jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan dan percakapan, cukuplah hanya kita mengubah dengan hati dan benci tengok orang memakai pakaian seperti tu??
** Seperti dalam hadis Nabi: Daripada Abu Said al-Khudrie r.a beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa dikalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia dia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman"
* Berdasarkan Hadis di atas saya berfikir,,, tapi wajarkah dia menjeling diorang semacam tu?? Sebab ustaz tu boleh menyebabkan remaja perempuan tu pandang serong terhadap seorang Islam yang berpakaian lengkap berserban ni tak baik dan takut untuk bergaul dan didekati... sebagai seorang madu' mesti diorang nak daie'pandang diorang dengan pandangan yang beerHIKMAH...
* Bila saya sampai je rumah akak dan abang saya,,, saya ceritakan kat diorang apa yang beerlaku dalam LRT tu...
# Ni jawapan kakak saya: "akak pun tak suka kalau orang pandang akak macam tu, buatkan kita takut nak mendekatinya, persepsi pertama yang keluar di minda.. macam la dia tu baik sangat!! Lebih-lebeh lagi, jika peerkara ini berlaku kepada seorang daie' yang berpandangan serong trhadap madu'nya,, belum sempat daie' tu nak sampaikan dakwahnya madu' dari awal lagi dah lari tak nak dengar ajakan daie' tersebut."
# Tapi lain pula jawapan dari abang saya, katanya: "Itulah tanda selemah-lemah Iman, jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan cukuplah hanya kita menyatakan benci dan tak suka di dalam hati, mungkin ustaz tadi telah melahirkan 'ketidaksukaannya' kepada kemungkaran yang berlaku depan matanya dengan pandangan yang tajam dan jelingan kepada remaja perempuan tu..."
*** Ha..Apakah pandangan sahabat-sahabat pula??? setuju dengan apa yang akak saya cakap ke abang saya cakap?? Atau sahabat ada pendapat dan pandangan tersendiri...
Monday, August 23, 2010
kecil Tapi BESAR...
( Riwayat al-Imam Muslim )
* Islam amat menitikberatkan soal kebersihan ni, sehingga menganggapnya sebahagian daripada Iman. Sama ada kebersihan rohani dan jasmani, semua Muslim sedia maklum sal perkara ni, tapi ramai yang mengabaikannya malah buat tak endah je...
Suka saya sebut bab kebersihan ni dalam perkara yang kecil je yang selalu berlaku di sekeliling kita, contohnya plastik gula-gula yang kecil je dibuang merata-rata, tak pandai nak buang sampah yang sekecil tu dalam tong sampah yang disediakan. Ini dah menunjukkan dia tak pandai nak jaga kebersihan di persekitarannya. Sangat mengecewakan jika ramai orang Islam yang bersikap begini.
Kita mestilah jaga kebersihan samada pada diri, tempat tinggal dan persekitaran. Terutama kepada kita selaku student IPT kenalah sedar kepentingan menjaga kebersihan ni, jangan nak harap mak cik cleaner je yang nak bersihkan...
1. Orang ni, jaga nak kemas diri sendiri je, tapi tempat tinggal or persekitaran tak jaga kebersihan pun.
2. Orang jenis ni pula memang parah, kebersihan diri tak dijaga lagi2 la tempat tinggal dia, sudah tentu tak menjaga kebersihan juga.
3. Ada juga jenis orang yang macam ni, rumah sendiri je nak bersih tapi di persekitaran awam dia tak menjaga kebersihan tempat awam pun.
4. Orang yang menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan walau dimana pun dia berada, sentiasa perihatan dengan kebersihan.
Kebersihan hakiki datang dari hati yang suci...kerana kebersihan ni juga adalah cerminan pada diri kita. Ia merupakan keperluan dalam mengendalikan kehidupan yang dituntut oleh Islam secara berkekalan kepada umatnya. Contohnya; dalam soal ibadah kita, solat..mestilah bersih dari hadas kecil dan juga besar. Kebersihan luaran dan dalaman berkait rapat antara kedua-duanya.
Firman Allah swt yang bermaksud:
''...Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang sentiasa menyucikan diri.'' (al-Baqarah:222)
* Berdasarkan firman di atas, dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seorang mukmin selepas beriman ialah dengan menjaga kebersihan.
Hadis Rasulullah saw juga pernah bersabda : ''Sesungguhnya Allah swt itu cantik (indah) dan bersih, Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik dan bersih.''
(Riwayat al-Bazaar)
** sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita mempraktikkan tuntutan menjaga kebersihan ini dalam segenap aspek luaran atau dalaman.
Menjaga kebersihan aspek luaran, contohnya..bila kita berbuka puasa di masjid, sampah2 atau sisa makanan buanglah dalam tong sampah yang disediakan, kalau berbuka di restoran..sisa makanan jangan biar berterabur je atas meja, kutip je masukkan dalam pinggan. Kalau berbuka di bilik je, bekas ke pinggan basuh dan jangan biar berhari-hari tak dibuang sisa makanan hingga berbau. Begitu juga, bilik atau rumah digalakkan berada dalam keadaan bersih dan rapi. Barulah nampak kita mengamalkan apa yang di ajar dalam ajaran Islam untuk menjadi Muslim yang bersih.
Untuk menjaga kebersihan dalaman, penting sangat kita menjaga hati. Sama-samalah kita berusaha untuk tidak mengumpat dengan bercerita tentang keburukan orang sekalipun perkara itu betul jika tidak ada tujuan untuk memperingati orang lain... tidak mengkianati kawan dengan tidak menjaga rahsia dan aibnya, dan selainnya... lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni...
***Kekadang orang pandang ringan je hal kebersihan ni, terutama kebersihan yang hakiki iaitu hati yang suci dari segala sifat mazmumah...saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita menjaga kebersihan samada luaran atau dalaman dengan mengisinya dengan sifat-sifat mahmudah. Semoga diterima semua amalan kita dalam bulan Ramadhan Karim ini dengan kita menjaga kebersihan hati.
Sunday, August 22, 2010
***MUTIARA KATA***
*barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya..~imam Syafi'ie~