Tuesday, August 24, 2010

Pandangan berHIKMAH ke tu!!!

Bila difikir-difikir apa nak tulis dalam blog ni,,,teringat saya pada hari Jumaat lepas, saya nak ke Cheras untuk berjumpa dengan kakak dan abang saya,, semasa perjalanan ke sana, dalam LRT saya perhatikan pelbagai gelagat masyarakat kita sekarang ni... ada yang buat hal sendiri,, ada yang berborak-borak,,, ada yang main handphone,,, ada juga yang tidur tak sedar diri da... saya tertarik untuk berkongsi dengan sahabat2 apa yang berlaku ni,,mungkin kita dapat memberi pendapat dan pandangan dari Ilmu yang sahabat2 ada...

* Ada la seorang pak cik ni, pakaiannya lengkap persis ustaz,mungkin lebih sesuai saya panggil dia ustaz...tapi sangkaan saya meleset bila saya terpandang mata dia yang menjeling tajam sekumpulan budak2 perempuan yang berpakaian ketat walaupun bertudung...dan memalingkan mukanya, nampak di rauk wajahnya, tak suka sangat diorang berpakaian gitu...

* Apa plak pendapat sahabat2,,, Adakah itu tanda selemah-lemah Iman kita?? Bila kita melihat kemungkaran,,, Jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan dan percakapan, cukuplah hanya kita mengubah dengan hati dan benci tengok orang memakai pakaian seperti tu??

** Seperti dalam hadis Nabi: Daripada Abu Said al-Khudrie r.a beliau berkata: Rasulullah saw bersabda:

"Barang siapa dikalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan), sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia dia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman"

* Berdasarkan Hadis di atas saya berfikir,,, tapi wajarkah dia menjeling diorang semacam tu?? Sebab ustaz tu boleh menyebabkan remaja perempuan tu pandang serong terhadap seorang Islam yang berpakaian lengkap berserban ni tak baik dan takut untuk bergaul dan didekati... sebagai seorang madu' mesti diorang nak daie'pandang diorang dengan pandangan yang beerHIKMAH...

* Bila saya sampai je rumah akak dan abang saya,,, saya ceritakan kat diorang apa yang beerlaku dalam LRT tu...

# Ni jawapan kakak saya: "akak pun tak suka kalau orang pandang akak macam tu, buatkan kita takut nak mendekatinya, persepsi pertama yang keluar di minda.. macam la dia tu baik sangat!! Lebih-lebeh lagi, jika peerkara ini berlaku kepada seorang daie' yang berpandangan serong trhadap madu'nya,, belum sempat daie' tu nak sampaikan dakwahnya madu' dari awal lagi dah lari tak nak dengar ajakan daie' tersebut."

# Tapi lain pula jawapan dari abang saya, katanya: "Itulah tanda selemah-lemah Iman, jika kita tak mampu nak tegur dengan perbuatan cukuplah hanya kita menyatakan benci dan tak suka di dalam hati, mungkin ustaz tadi telah melahirkan 'ketidaksukaannya' kepada kemungkaran yang berlaku depan matanya dengan pandangan yang tajam dan jelingan kepada remaja perempuan tu..."

*** Ha..Apakah pandangan sahabat-sahabat pula??? setuju dengan apa yang akak saya cakap ke abang saya cakap?? Atau sahabat ada pendapat dan pandangan tersendiri...

No comments:

Post a Comment